Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah (MRTMS) adalah pendiri Institusi Pendidikan Islam Percuma (Asas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah) dan merupakan Madrasah Dalam Taman #1 di Sabah. Dibangunkan dan telah beroperasi sejak tahun 2013.
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Kedermawanan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Kikir itu jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan api neraka. Seorang yang dermawan tetapi jahil, lebih disayangi oleh Allah SWT daripada seorang ahli ibadat yang kikir.” – HR Tirmidzi
Kebenaran Pungutan Khairat Dana Pengurusan dan Operasi
Pada setiap tabung ada ditampal QR Code yang anda boleh imbas atau ‘scan’ untuk menginfaq secara online.
Pertubuhan yang menguruskan Madrasah RTMS selain menjalankan dakwah dan bekerjasama dengan badan kerajaan dan NGO dalam urusan dakwah Islam di Sabah.
Madrasah ‘dalam taman’ #1 di Sabah yang menawarkan pendidikan Islam (Asas Fardhu Ain & Kifayah) secara Percuma khusus untuk pelajar mualaf.
Cabang MRTMS khusus untuk pelajar penghafal Al-Quran. Masih dalam proses untuk susun atur pentadbiran. Akan dibangunkan di Kg. Mesliau, Kundasang, Ranau, Sabah, Malaysia.
Cabang MRTMS khusus untuk pelajar wanita penghafal Al-Quran yang terletak di Kg. Salimandut, Tandek, Kota Marudu, Sabah.