Carta Organisasi Persatuan Pendakwah Islam Sabah (PPIS)
PPIS ialah pertubuhan yang menguruskan Madrasah RTMS disamping menjalankan dan bekerjasama dengan badan kerajaan serta NGO dalam hal dakwah Islam di Sabah.
PPIS adalah pertubuhan yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-024-12-18012013 pada 18 haribulan Januari 2013.

Mohd. Nazri Bin Abdullah
Pengerusi

Winston @ Hassnal Bin Majuning @ Hj. Mohd. Omar
Timbalan Pengerusi

Jasni @ Mohd. Jasni Bin Monon
Setiausaha

Elmy Wati Binti Sualin
Penolong Setiausaha

Noor Anita Binti Awang
Bendahari
Ahli Jawatankuasa

Darwis Bin Paddu

Sualin Sai

Jailie Baharun

Elwandi Sualin

Mohd. Yusuf Ahmad Shukri

Darinis Bin Ambang

Ahmad Zaki Jamilan

Mohd. Yunus Ismail

Jukri Bin Botong
Visi & Misi PPIS
Berikut adalah antara visi & misi penubuhan PPIS;
- Membantu jabatan agama melaksanakan program dakwah khususnya di kawasan pedalaman negeri Sabah.
- Memberi khidmat kaunseling kepada saudara baru khususnya yang sedang atau bakal berurusan dengan jabatan agama atau mahkamah syariah.
- Memberi latihan dalam bidang pengucapan umum ( ceramah ) kepada belia dan beliawanis yang berminat menjadi da’ie ( pendakwah )
- Menjadi penghubung dan penyelaras program dakwah kepada tokoh-tokoh pendakwah
- Membina dan membangunkan majalah, akhbar, TV dan Radio online.
- Menyelaras dan menganjur program kesenian Islam.
- Mengadakan jaringan dakwah dengan badan-badan NGO dan pondok-pondok pengajian Islam
- Menyedikan terjemahan teks khutbah Jumaat dan kitab-kitab Islam dalam bahasa tempatan Sabah
- Membina pusat pengumpulan sumbangan seperti buku terpakai dan sebagainya
- Membina mini perpustakaan Islam di setiap surau khususnya kawasan pedalaman Sabah.
- Menganjurkan karnival dakwah Sabah
- Menyediakan kertas cadangan dakwah kepada pihak jabatan agama dan kerajaan
- Melahirkan pendakwah atau da’ie yang berkemampuan serta terlatih dalam pengucapan umum sekali gus menguasai bahasa tempatan Sabah
- Mengadakan kenderaan pacuan 4 x 4 untuk kawasan perbukitan di Sabah.
- Membina pusat pendidikan Islam khususnya untuk para mualaf Sabah.
Inilah antara yang bakal dilaksanakan oleh PPIS. “Mati Di Jalan Allah Cita-Cita Kami.”