Sumbangan Untuk Membiayai Perbelanjaan dan Pengurusan Pelajar Madrasah RTMS

Sedekah / Infaq Membiayai Perbelanjaan Dan Pengurusan Pelajar Madrasah RTMS

Kami mengalu-alukan bantuan sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membiayai perbelanjaan dan pengurusan para pelajar di madrasah ini. Anda boleh membuat bayaran sumbangan terus secara online melalui bank-bank di Malaysia menggunakan toyyibPay atau secara manual (direct bank transfer) ke akaun-akaun bank kami.

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Kedermawanan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Kikir itu jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan api neraka. Seorang yang dermawan tetapi jahil, lebih disayangi oleh Allah SWT daripada seorang ahli ibadat yang kikir.” – HR Tirmidzi


Terima kasih atas kebaikan anda menyumbang untuk membantu pengurusan dan pembangunan madrasah ini. Semoga Allah melipatgandakan kebaikan kepada anda.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – QS Al Baqarah, ayat 261

Kebenaran Pungutan Khairat Dana Pengurusan dan Operasi. Rujukan: JHEAINS: BPP:600/07/2020